Payday Sale will end in :

Boring Dengan Bali? Ini 5 Pulau Paling lawa di Asia tenggara

you perlu pergi!


Krabi-Island-Thailand.jpg

Photo Credit : Travel Triangle

Cuba anda bayangkan ketika ini anda sedang menghirup udara segar dihadapan laut yang terbentang membiru bersama pasir pantai nan halus, bunyi ombak menderu dan lambaian dahan pokok kelapa yang begitu mengujakan. Awhhh nikmatnya seakan mahu waktu berhenti seketika.

Suasana yang begitu tenang sambil ditemani orang tersayang menikmati pemandangan laut biru pasir putih pasti dapat mengukir kenangan yang sukar dapat dilupakan.

Pulau sememangnya menjadi pilihan utama destinasi peranginan bagi sesiapa sahaja yang inginkan ketenangan dan jauh dari kesibukan kota.

Jadi disini, kami sertakan lima pantai tercantik di Asia Tenggara yang boleh anda kunjungi untuk memberi kesegaran baru untuk anda.


1. Pulau Cat Ba, Vietnam

credit : https://www.geckoroutes.com/vietnam/catba/

Sebuah pulau kecil di luar pantai Barat Laut, Cat Ba adalah salah satu tempat kegemaran di Vietnam. Kebanyakan orang hanya melawat untuk meneroka Lan Ha Bay, alternatif yang mesra bajet untuk Halong Bay. Walupun begitu banyak perkara yang hebat boleh dilakukan di Pulau Cat Ba. Topografinya yang terdiri daripada teluk terlindung di sepanjang pantai yang cantik dengan hutan hijau yang mengalir di atas bukit dan lembah yang curam.


2. Pulau Mabul, Malaysia.

Sama ada anda merancang percutian santai, percutian romantis atau perjalanan menyelam, anda akan dapati banyak aktiviti dan perkara yang perlu dilakukan di Pulau Mabul yang sesuai untuk hampir semua golongan.


Pulau Mabul menyediakan banyak perkara menarik yang boleh anda lakukan disana, antaranya berkayak, snorkeling, menyelam skuba, melawat perkampungan Bajau Laut, island hoping dan menikmati stargazing pada waktu malam.


Pulau Mabul merupakan satu lokasi penganginan yang sangat berbaloi kerana anda dapat melakukan aktiviti selam skuba di lokasi yang dikenali sebagai antara yang terbaik didunia tanpa perlu anda mengeluarkan kos yang tinggi. 

Ia juga kaya dengan khazanah alam semulajadi yang sudah pasti memberikan pengalaman unik dan berbeza berbanding di tempat lain.


3. Raja Ampat, Indonesia


Raja Ampat adalah sekumpulan pulau di hujung barat Papua di Indonesia, terkenal dengan pengalaman menyelamnya. Kebanyakan terumbu karang di dunia dan kepelbagaiannya yang jarang ditemui di dunia dapat dijumpai dengan mudah disini.  Terdapat empat pulau besar ("Raja Ampat" bererti "Empat Raja") yang mempunyai pusat penduduk: Waigeo, Misool, Salawati, dan Batanta.


Masa terbaik untuk melawat Raja Ampat adalah dalam tempoh Oktober-April, kerana ianya beriklim tropika dimana waktu hujan tidak dapat diramal, walaupun hujan kurang kerap semasa musim panas. Ianya masih boleh dilawati pada musim-musim lain.


Trekking di Raja Ampat dapat memberikan pengalaman tersendiri. Ada 3 gugusan kepulauan yang menjadi tempat trekking terkenal iaitu Waisai, Kabui, dan Pianemo dimana anda dapat melihat pemandangan yang sangat menakjubkan. 


Aktiviti menyelam dan snorkeling sudah pasti menjadi tujuan utama bagi pelancong yang datang kesini kerana Raja Ampat terkenal dengan pemandangan bawah laut yang sangat menakjubkan!


4. El Nido Palawan, Filipina


El Nido merupakan sebuah kawasan perbandaran Filipina di Pulau Palawan El Nido kini menduduki tangga ke 4 dalam senarai Condé Nast Traveler dari "20 Pantai Paling Cantik di Dunia”. 

Ia merupakan destinasi Pantai dan Pulau Terbaik di Filipina untuk keindahan alam dan ekosistem yang luar biasa.


Ia juga terkenal dengan pantai pasir yang putih, kecantikan terumbu karang dan sebagai pintu masuk ke Nusantara Bacuit, sekumpulan pulau-pulau dengan tebing bergerigi kars yang curam. Kawasan ini mempunyai tempat menyelam yang banyak, termasuk Pulau Dilumacad dengan terowong panjang yang membawa kepada gua bawah air.

\

5. Koh Lipe, Thailand


Koh Lipe yang lebih dikenali sebagai “The Maldives of  Thailand” mempunyai tarikan utama iaitu keindahan alam pulau yang sangat menakjubkan. Tiga pantai Koh Lipe yang paling terkenal adalah seperti berikut: Pantai Pattaya adalah pantai terpanjang (1km) dan paling popular dengan pelbagai hotel, restoran, butik dan bar. Pantai Sunrise (Haad Chao Ley) adalah jalur panjang (kira-kira 800m) pasir putih yang bersempadan dengan teluk cetek yang luas. Pantai Sunset (Haad Pramong) adalah pantai kecil yang tenang dan santai (200m) yang terletak di bahagian utara pulau.


Apa yang anda boleh dilakukan di Koh Lipe adalah anda dapat melihat matahari terbit dan terbenam yang memukau dari dua buah kawasan yang berbeza.

Selain itu, air pantainya yang sangat jernih dan bersih juga membolehkan anda untuk menyelam dan snorkeling melihat hidupan laut dan batu karang yang berwarna warni. Dimana Koh Lipe terletak di kawasan salah sebuah taman laut negara terbesar di Thailand.


Tidak sah kalau ke ceruk mana di Thailand sekali pun, anda tidak menikmati makanan dan membeli-belah. Namakan apa sahaja makanan, semuanya di Thailand, unik, kreatif dan berbeza selain murah harganya.
 
 Di Koh Lipe, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan Thailand di Walking Street. Ia kini berkembang pesat dalam rangkaian seluruh lorong berturap dan laluan pejalan kaki.


Melancong ke tempat-tempat baharu akan memberi kepuasan yang sangat mengujakan serta kenangan terindah dalam kehidupan kita. Tidak salah kiranya jika kita bercuti bagi untuk menghilangkan tekanan sewaktu bekerja kerana ianya salah satu terapi yang sangat bagus untuk menghilangkan tekanan kerja lagi-lagi apabila kita dapat melihat senyuman manis yang orang-orang tersayang.

65948915_1610317659102552_33914398731217435_n.jpg

Customer : Warda

65972484_118259725874841_2900471453595312461_n.jpg

Customer : Warda


67192911_119215619364489_612482440131008830_n.jpg

Customer : Zairynstagram

Sudah pasti kita mahu segala kenangan terindah semasa bercuti kita rakamkan dalam bentuk gambar dan semestinya ‘ootd’ terbaik berlatar belakangkan tempat yang menarik menjadi dambaan! 

Pemilihan outfit yang bersesuaian juga akan memberi mood yang baik dalam mencipta kenangan semasa bercuti. Bak kata pepatah “life goes on but memories last forever”. Jadi, pastikan anda tidak lupa untuk membawa outfit yang perfect untuk percutian anda!

Jadi jangan lupa dapatkan outfit Island/Resortdaripada Psychedelic Store untuk outfit yang terkini dan sudah pasti “Insta-worthy” serta sangat selesa untuk percutiaan anda! Sejak 2012, Psychedelic Store fokus membawakan koleksi island/resort untuk penggemar-penggemar percutian pulau serta tidak lupa juga untuk koleksi casual weekend !

Untuk lihat koleksi-koleksi terkini Psychedelic Store

Klik >>>disini<<<